2

ATKINS DIET: Day 4 (04/02/14)

Salam semua...

Alhamdulillah masuk hari ke 4 dh aku mengamal diet Atkin ni.. dan hari pertama kembali bertugas lepas cuti seminggu.. hari ni ada gak la aku curang dgn diet sbb td semasa meeting termakan seketul karipap, kuih pelita dan bihun goreng. Tp aku ambik dlm kuantiti sedikit aje lah. Kena beringat2. Hehe..

Pagi tadi aku dgn tak sabarnya telah menimbang berat badan yg sblm ni berat aku sampai mencecah 59kg, and guess what? Aku pn tak sangka...



Berat aku turun sebyk 1 1/5kg dlm masa 4 hari.. bagi aku ni dah cukup bagus sbb sblm ni jgn hrp berat aku nk turun, makin naik adalah. Ini yg makin buat aku bersemangat nk meneruskan misi menyingkirkan lemak degil. Bagi aku, diet Atkin ni mmg berkesan. Walaupn aku ada curang dgn diet tp aku ambil dlm kuantiti yg paling sedikit je skdr utk melepaskan keinginan aku dgn mkanan2 yg dilarang semasa berdiet ni..

Itu aje... adiosss

0

ATKINS DIET: Day 3 (03/02/14)

Salam semua...

Masuk hari ketiga dah aku berdiet Akins ni.. so far okey.. cuma hari ini aku tak tahan iman pegi ngap keropok ayam.. haduiiii... tak ingat dunia betul lah.. mmg crash lah diet hari ni.. tapi aku still on proceed makan sumber protein je ari ni:

Lunch:
Telur mata 2 biji + cheese
Air kosong

Lunch:
Ayam blackpaper grill + mayonis kewpie
Brokoli+cauliflower
junk food ( ni jangan ikut ea, dasar nafsu buas aku ni)
Air kosong

Dinner:
2 ketul homemade beef beger
Salad+Kobis ungu+mayonis kewpie
Seketul sosej ayam
Air kosong

Okey... tamat sudah hari ke 3 cuma diet telah dicurangi..






0

ATKINS DIET: Day 2 (02/02/14)

Salam semua..

Korang dah lunch ke belum? Anyway aku baru aje lepas lunch.. hari ni masuk hari ke 2 dah aku berdiet Atkins ni.. masih blh tahan lagi ni.. cuma kekadang tu nescafe macam melambai-lambai je.. cepat-cepat aku tutup almari.. hehe.. Menu atkins aku arini:

Breakfast:
Telur dadar+daging ayam kisar tumis bawang sedikit dan campur daun bawang
air kosong 2 gelas

Lunch:
Ayam grill (ayam+blackpaper+bwg putih tumbuk+oregano+mixed herbs+garam+butter)
Sup sayur tauge+sawi hijau+udang+telur
Telur dadar lebihan breakfast

Dinner:
Sup sayur tauge+sawi hijau+udang+telur
Seketul kari ayam 

Itu aje..adiosssss




1

ATKINS DIET: Day 1 (01/02/14)

Salam semua..

Entry tertunggak sehari.. hehe... dh lama tak update blog.. semalam 01/02/14, aku memulakan azam baru untuk berdiet dengan cara yang lebih sihat lagi. Sebelum tu, aku memang dah start program diet ni selama 13 hari, tapi berat aku langsung tak turun disebabkan aku mengamalkan cara diet yang salah. Bukan diet yg tak makan ye, aku makan, tapi kandungan dalam makanan yang aku ambil tu tak berapa sesuai untuk diet. hehe...

Kebetulan pulak pada 31/01/14, seharian aku dok berdating je ngn cek google, terbukak lah blog2 di mana semua orang bercerita mengenai Atkins Diet. So aku pun mula menjelajah dari satu blog ke satu blog untuk membaca pengalaman mereka yang mengamalkan Atkins Diet ni dan berkenalan dengan Atkins diet. Atkins diet ni bukan pil ke ape ek. Atkins diet ni di mana kita mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula dalam makanan seharian dan lebihkan sumber protein. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari dan air bergula adalah dilarang sama sekali semasa berdiet Atkins ni. Untuk fasa permulaan, mmg agak sukar, tapi disiplin diri kena kuat. Berat aku skarang dah mencecah 59kg, jadi aku tak boleh pandang ringan lagi dengan berat ni. Sebelum aku masuk list overweight, better aku cegah dari awal. Aku target mencapai berat 50kg. Hari pertama aku nak menghabiskan air kosong sebanyak 3L, aduhhh rasa nk tersekat aje tekak sebab susah nk terima air kosong sebanyak tu. Sebelum ni aku memang kurang minum air kosong, kuat minum milo dan nescafe.







Hehe.. betapa seksa juga jiwa dan raga aku ni bila aku terpaksa mencurangi kedua-dua air kegemaran aku tu buat masa ni. Semalam aku hanya berjaya habiska 1.5L air kosong je. Takpe, slow2 kan.. mana dapat nk terus di paksa.. terkejut pulak organ2 dalam badan kang..

Semalam breakfast aku makan scrambled eggs ngn susu+oat (aku belum tahu yang diet Atkins tak boleh ambik susu dan gandum).. ni kesilapan di hari pertama, tapi takpe.. hari seterusnya takkan buat lagi.. ngeeee..

Cek google punye gambar
Telur adalah menu makanan utama dalam diet Atkins sebab telur mengandungi kadar protein yang tinggi dan 0 carbs.. so leh makan telur hari2, tapi kena kreatif la untuk variasikan masakan telur, kalau tak nanti kang muak dan loya pulak.. last2 diet tak menjadi dan rugi masa dan tenaga lak kan... untuk menu lunch pulak aku makan:

-ayam grill blackpaper
-sayur tauge+sawi+sdikit ikan bilis tumis
-udang galah rebus

Ni adalah antara menu yang mengandungi kadar protein yang tinggi, tetapi tetap ada kandungan carbs dan jumlah yang diambil perlu lah bersesuaian ye. Sehari kadar carbs yang boleh kita ambil tidak melebihi 20g carbs. Diet Atkins menggalakkan kita untuk makan malam sekurang-kurangnya sebelum jam 8 malam. Ambil menu yang mudah je macam salad ke, sosej panggang, ikan panggang, udang bakar. Tapi semalam hubby bawak aku g makan steamboat, so aku hanya ambik menu ayam yang digaul dengan blackpaper dan kari serta sayur-sayuran. Hehe... 

Aku akan timbang berat selepas hari ke 7 aku berdiet ni.. semoga usaha aku tidak sia-sia.. amin... nak tahu lebih lanjut tentang Atkins diet ni, sila lah rajin-rajinkan diri lawat cek google ye.. ramai yang berjinak-jinak dengan atkins diet ni dan mereka telah berjaya...

Adios.....

0

Hajat nak ke Korea

As Salam semua...

Wah, lama betul blog aku ni terabai... betul2 pemalas tahap superman aku ni... kalau nk story ttg aktiviti harian aku, mmg byk sbnrnya.. tapi disebabkan aku ni memang pemalas tahap tak ingat dan malas nk upload gmbr, tu yg blog tak ber update ni.. tapi sekarang ni aku rasa rajin semacam ler pulak... ni disebabkan rasa excited yang membuak-buak bagai buih di lautan kat dalam hati aku ni haaa...

Al kisahnya...

2 hari yang lepas tetiba pulak muncul kat kepala aku ni soalan" Planning trip to korea 2015, anyone interested?" kat fb aku.. aku tag la kengkawan sama2 study kat poli dulu... kot2 nasib aku bertuah dan pertanyaan aku tu mendapat balasan positif kan.. tak sangka pulak soalan tu mendapat feedback yang sangat pantas dan menderu2 dari dorg yang aku tag.. rupa2nya masing-masing semangat mau ke korea! aku apa lagi... terus nak melompat2 keriangan masa tu jugak.. hahaha...

Dari lama tak ber contact, terus mendeu-deru kami ber contact, siap aku buat group watapps lagi utk memudahkan kami bersembang2.. hahaha... disebabkan keterujaan yang teramatlah gila tu.. hadoiiii.. kami plan nak g tahun 2015 nanti.. uiiihhhhh lama giloksss la nak tggu... sbb apa kami pilih thn 2015? kena bagi masing-masing ruang dan masa untuk buat simpanan bajet ler... mana dapat nk pergi main terjah2 camtu jer kan... kena make sure bajet betul2 mencukupi, baru senang hati nak melancong... hehe..

Kebetulan pula salah seorang kawan aku tu dah pun pernah jejak kaki ke sana, so senang sikit la cerita kitorang ni nanti, dia boleh jadi guide kami di sana nanti... dalam kepala aku ni dah dok terpikir dah nak pergi musim ape.. banyak gak aku duk godek2 blog orang malaysia yang dah ke sana.. rata2nya suggest g musim luruh... aku pun memang teruja sangat nak tengok musim luruh ni.. tengok gambar-gambar kat pakcik google dah buat aku jadi gila bayang... sabar.. sabar..


Aku tak mau la cerita banyak... lama lagi la nak masa tu... tapi pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu nanti kan... semoga 2015 cepat2 menghadirkan diri!!!!

Sekian.....




1

Masalah jerawat degil yang dah berbulan-bulan tak pulih2

As salam semua geng2 blogger... dah lama tak update blog.. beberapa bulan ni naik stress gara-gara jerawat membiak kat muka, tak pernah2 aku mengalami masalah jerawat ni.. gara2 guna produk Olay terus muka berjerawat teruk. Huhu...

Rasanya dah hampir 4 bulan muka aku teruk kena jerawat ni... disebabkan kurang pengetahuan, (ni 1st time aku berjerawat teruk), aku teruskan aje guna pencuci muka, krim muka, serum and yang sewaktu dengannya... semakin la jerawat tu degil nk sembuh, sebab kulit muka asyik dicemari bahan kimia... makin sakit jiwa aku dibuatnya.. nak tengok muka sendiri kat cermin pun takde semangat.. jerawat membengkak di dahi, pipi.. nak meraung2 aje rasa...

Aku merajinkan diri singgah ke blog2 yang berkaitan dengan jerawat... dan aku ada terbaca artikel seorang blogger yang menggunakan pencuci muka Cetaphil utk cuci muka dia ketika merawat jerawat.. so aku terus decide nak cuba.. tersangat excited kalau dgr benda2 camni.. hehe..

Hubby aku pun pernah guna pencuci muka Cetaphil ni, setakat yang aku tengok okey aje hubby guna.. 1st guna rasa macam tak puas ati je, sebab pencuci ni langsung tak berbuih. tp yang tak berbuih tu la yang bagus sebenarnya, sebab tak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.. nampak aje muka macam tak bersih, tapi bersih sebenarnya, biasalah pendapat kita kan, kalau berbuih lagi bersih kan... tapi hakikatnya yang berbuih tu la yang tak elok untuk kulit muka kita sebenarnya..

Dalam masa seminggu, aku rehatkan kulit muka dari memakai sebarang alat solek dan krim muka, aku cuma cuci muka guna Cetaphil ni je, kalau aku nak keluar rumah, aku cuma guna moisturizer Aiken je, bedak muka aku tak pakai langsung..

Dan sekarang, hasilnya berbaloi..aku dah senang hati sebab jerawat dah semakin pulih, aku harap kulit muka aku boleh kembali kepada keadaan asal.. Nasihat aku, kalau kulit muka mengalami masalah jerawat, rehatkan lah dulu kulit muka dari memakai sebarang bahan kimia, biar lah muka nampak tak lawa tanpa mekap untuk sementara, sebab hasilnya nanti berbaloi bila kulit dah kembali sihat..

Dan untuk produk Cetaphil ni, lain orang lain hasilnya, kullit kita tak sama.. tapi ianya disarankan boleh diguna,asalkan hati yakin aje.. :)




0

Melly's Journey: Teman comelku yang berusia 3 bulan

Assalamualaikum..

On Sunday lepas which is 2/06/13, hubby bawak balik si comel ke rumah... happynya aku dapat teman baru... nak berkenalan tak dengan si comel tu?


Haha...tengok la muka dia tu... macam marah je kena amik gambar... aku ngan hubby namakan si comel ni, Melly... She's a girl.. usia 3 bulan... hubby beli dari adik dia.. ni baru aje beberapa jam dia jadi housemate aku ngan hubby... so memang tak berapa nak mesra sangat la... nampak takut aje rupa dia... nak belai pun payah...

Amboi... sedapnya dia tdo... siap tdo dalam bakul lagi... sedap tdo tak peduli lagi dah dia aku snap gambar..


Ni dah masuk hari ketiga jadi housemate aku, dia dah manja sikit-sikit, tapi still lagi ada sifat penakut.. nak tengok dia manja camni pun kena rajin belai-belai dia selalu... suka tengok mata dia yang bulat bersinar tu.. bila dah manja, asyik nak mengacau aje la si Melly ni... nak tengok apa dia buat?


Aku sibuk main laptop, kat depan laptop tu jugak la dia sok sibuk menyelit.. belum lagi dia pegi pijak keyborad laptop aku, gesel2 badan kat situ, hadoiiiiiii... geram aku!! tu dia tengah makan roti muncyhs yang aku dok makan.. penyibuk aje la Melly ni.. tapi aku terhibur sejak adanya Melly kat rumah ni... tak la rasa sunyi sangat masa hubby takde kat rumah... aku belum lagi dikurniakan anak, jadi tak salah kalau aku curahkan kasih sayang kat kucing secomel Melly ni kan.. :)

Sekarang, dah seminggu Melly jadi peneman aku, dia dah jadi kucing manja walaupun sifat penakut dia masih ada lagi..










0

Aku kembali semula dengan Safi Rania Gold

Assalamualaikum..

Sebelum ni, aku dah dok guna produk Safi Rania Gold ni almost 2 bulan dan kulit aku xde masalah langsung sepanjang menggunakannya.. tapi bulan Mei lepas tetiba pulak aku tergedik-gedik nak tukar produk.. sebab aku memang suka dok melepak kat Watson, hari2 dok intai produk muka, lelama aku terus melekat dan berkenan nak beli produk Olay Regenerist ngan Olay White Radiance..

Olay Regenerist ni aku guna time malam... Memang okay la bila guna... tekstur krim dia sangat lembut dan tak melekit... sedap je pakai...

Untuk siang pulak aku guna set Olay White Radiance ni sekali ngan serum... tapi yang sadisnya, bila aku pakai, terus muka aku naik jerawat pasir... bertompok2 kat area dahi dan depan pipi... aduhhhh....rasa nak menjerit aje... kulit aku bukan lah jenis yang berjerawat pun.. tapi pakai Olay yang ni tetiba pulak...

Dah la aku melabur hampir RM150++ beli set produk ni, tapi tak ngam pulak ngan kulit aku... hampir 2 minggu jugak aku merana dengan kehadiran jerawat ni..sampaikan aku takde mood nak guna mekap walaupun basic.. yelah sebab aku dah rasa kulit muka aku dah kasar jadi mood nak tempek bedak tu pun dah hilang entah ke mana...

Kedua-dua set Olay ni aku cuma pakai selama 5 hari je tau... lepas tu aku terus stop pakai... pembaziran betul... sekarang dok jadi perhiasan meja aje lah.. sekarang jerawat dah mula berkurangan sebab aku rawat dengan krim kecantikan Safi yang botol hijau tu..

Aku memang setuju dengan pendapat yang lain bila mengatakan kalau guna krim kecantikkan ni boleh membantu merawat jerawat... dan hasilnya betul-betul terbukti.. jerawat aku mula beransur hilang dan cuma tinggal sedikit aje sekarang ni... jadi aku kena gigih lagi untuk menghalau jerawat tu nyah dari muka aku..

Sekarang, aku turn back jadi pencinta setia Safi Rania Gold... sebab selama 2 bulan aku menggunakannya sebelum ni, kulit aku langsung tidak mengalami sebarang masalah. Jadi, aku takkan pasang niat untuk ambik Olay jadi geng kamceng aku sebab ianya awal2 dah cari gaduh dengan aku.. haha...

Sebelum ni aku pernah pakai dia punya pencuci muka, toner, krim siang and malam, serum dan krim kontur mata. Sekarang aku masih lagi proceed guna toner, krim siang dan malam dan juga krim mata. Yang lain-lain lepas ni aku akan beli semula..

** tak kisah la kalau kulit tak putih sekalipun, asalkan jerawat tak bermaharajalela kat muka aku...benci jerawat!




0

Jom cantik bersama Olay!

Kemain tajuk! Dah serupa perunding kecantikkan aje kan? Hehe...

Just nak share and review sikit la pasal produk Olay.. ari tu kan aku da review pasal berjenis-jenis produk kecantikkan yang aku guna sepanjang hidup aku ni.. cehhhhh ayat. Sekarang aku tak nak main-main tukar lagi, must stick pada satu produk memandangkan usia aku yang dah mencecah alam tak berapa nak muda lagi ni..

Aku dah decide nak guna produk Olay.. so tadi aku p terjah Watson dengan niat memang nak beli produk Olay.. dengan kaki yang tak sabar-sabar melangkah masuk, tangan terus mencapai bakul..wahhh...bajet macam nak borong barang 1 Watson aje.. hehe... aku tak toleh tempat lain, terus direct g tmpt rak produk Olay.. mata yang kurang sepet terus jadi bulat besar beb bila tengok produk Olay yang hendak dibeli ada diskaun 5% sempena perayaan Gawai Dayak yg bakal disambut oleh kaum Dayak di Sarawak pada 01 Jun nanti... miahahaaaa.... harga dah murah... jgn tangguh2... ambik itu, ambik ini, masuk terus je dalam bakul.. habis cerita... ok, nak tayang la jugak gmbr Olay ape yang aku beli dan nak pakai tu.. meh..meh...

Aku beli set Olay White Radiance Advance Whitening yang terdiri daripada pencuci muka, serum dan krim siang. Tang pencuci muka aje yang takde diskaun. Hajat di hati nak beli yang White Radiance Cellucent nye, tapi bila mata aku tengok harga krim siang tu aje yang hampir2 nak mencecah rm100, terus batalkan aje niat tu. Tak mampu den! Mahal gilos. Set yang ni ok ape, lebih kurang jugak. Set yang ni aku gunakan pada waktu siang.

Ni pulak set anti penuaan Olay Regenerist. Aku beli krim malam. Pencuci muka tu mggu lepas lagi aku dah beli. Set ni aku gunakan pada waktu malam, dah nama pun krim malam kan. Rawat kedutan waktu malam, okey la kan...Hehe.. ingat nak beli yang jenis micro sculpting nye, tapi mahal gilos jugak... satu krim nak cecah harga rm80, maunye aku tak pitam nanti...

Dan untuk kesemua barang yang aku borong sakan ni tadi, aku dapat diskaun lagi... total suma RM136++ je noks.... giler tak murah! Kalau harga normal, boleh cecah sampai RM150 tu... hohooooo jimat duit aku... tu kelebihan nya bershopping di musim perayaan... heheh...

5

Kongsi kisah tentang produk penjagaan wajah...

Assalamualaikum..

Tengok title aje dah tau aku ni memang jenis takleh nak setia pada satu produk.. hehe.. dah bermacam-macam jenis produk yang aku guna.. kadang-kadang tak sampai 2 bulan guna sesuatu produk, dah gatai-gatai p tukar produk lain. Nasib baik kulit muka aku ni jenis tak banyak buat hal. Meh aku nak share sikit pasal produk wajah yang pernah aku guna sepanjang usia remaja sampai la aku dah tua sekarang ni (tapi hati maintain muda.. kehkehkeh)..

*sumber dari mr.google* 
Paling aku tak leh lupa adalah krim ni.. Hazeline Snow.. sape pernah tengok krim ni? Atau memang tak pernah tengok dan tak pernah kenal? Aku sendiri pun tak pasti sama ada wujud lagi ke tidak krim ni sekarang. Seingat aku, aku mula menggunakan krim ni seawal usia 12 tahun!. Wahhh kelas gitu, darjah 6 lagi aku dah reti pakai krim muka.. hehe.. time tu aku bedal krim muka mak... yang bez nya tentang krim ni, dia wat muka jadi putih licin gebus2 je... aku pakai krim ni sampai umur aku 17 tahun kalo tak silap.. after a year, packaging dia bertukar wajah kepada yang ni..

Krim ni memang the best la bagi aku sebab kulit muka aku tak pernah bermasalah selama aku menggunakannya. Lepas tu, bila aku sambung study kat politeknik, aku dah mula nak tukar produk lain pulak. Maklum lah usia dah menginjak dewasa kan. 

Krim ni pun aku guna. Kalo orang kata krim ni memutihkan wajah, iye la kot. Tapi bagi ku, putih dia bukan putih yang menggebukan kulit, tapi putih macam muka ditempek dengan tepung yang dicampur air. Tambahan lagi kulit aku jadi berminyak ya amat bila guna krim ni. So, aku sangat tak berminat la nak terus pakai. Then aku tukar lagi.

Safi Balqis perfect 10 yang packaging lama aku pernah guna gak. Aku guna pencuci muka, toner dan krim muka. Setakat yang aku guna, okey jer tapi kulit muka aku still jugak berminyak. So aku rasa produk ni pun memang kurang sesuai la dengan aku. 

Utk Biore ni aku juz pernah pakai pencuci muka aje yang tiub kaler biru. Ape yang dapat aku ulas sepanjang menggunakan produk ni, ianya sangat lah mengeringkan kulit muka aku. Tak lame aku pakai mende nih terus stop.

Bila dah masuk alam pekerjaan, dah ada duit gaji sendiri, mula la nak pakai produk yang up cket kan. Tengok muka sorang kawan yang kelihatan berseri-seri dan licin, terus la aku pergi interview dia guna produk muka apa. Dia kata Natasya. Aku ape lagi kooo, dapat gaji je terus terjah kedai yang berhampiran. Hekhek... dasar kan! Time tu aku beli satu set terus produk Natasya ni dengan harga RM180.00. Produk termahal yang pertama yang aku beli hokey! Parkinson jugak aku time hulur duit itu, tapi nak kulit cantik punya pasal, berkorban aje le. Pakai sabun dia cuci muka, pergghhhh memang terasa segar je kulit and lama-lama memang nampak jadi cerah gak la. Tambahan lagi bila guna complete set, tapi.... tang tapi ni, yang paling tak baiknye adalah krim malam. Memang kulit aku jadi putih licin, tapi krim malam dia sangat2 menghakis kulit dan menipiskan kulit muka aku. Tak leh kena panas ckit, tengok la kulit muka aku dah serupa macam udang kena bakai. Alamak.... pedih giler pun iye jugak.. so aku stop terus dari guna krim malam tu, aku juz proceed guna sabun cuci muka aje untuk beberapa bulan.. tapi harga produk ni memang boleh tahan mahal jugak la bagi aku...

Then... aku dah start bosan guna Natasya, terpengaruh lagi dengan iklan kat tv.. aku tukar produk lagi. Tak habis2 lagi la penyakit aku ni kan.. haduiii..

Aku try guna De' Putih pulak... still lagi produk keluaran bumiputera ni... tak banyak kesan yang boleh aku ulas sebab produk ni lebih kurang sama je ngan Natasya, menghakis kulit. Cetttttt.... 

Tia Amelia ni aku cuma pernah guna sabun pencuci muka dan krim kunyit dia aje.. Ko tengok tu dia kata tanpa pengelupasan.. memang tak jujur betul lah. Guna krim kunyit tu muka pun dah kaler kunyit gak, kuning. Haha.. bagi aku, selagi produk tu keluaran bumiputera, selagi itu la produk tu akn mengandungi bahan yang menghakis kulit. Ko tengok je dalam setahun berapa belas ratus kali aku bertukar produk. Gilos!

Aku pernah guna gak krim fair&lovely glow ni. Sepanjang aku guna takde sebarang masalah, cuma kulit muka berminyak after 5-6 jam guna. Tu je yang aku tak leh tahan.

Jeng..jeng..jeng... aku pun tak ketinggalan menggunakan produk olay... pilihan aku tentunya anti aging nye produk Olay... Olay total effects ni kalau di pakai berterusan maybe leh menunjukkan hasil nye kot, tapi aku biasalah, tak leh nak setia lama2... aku curang jugak dengan olay ni...

Gara-gara terpengaruh dengan iklan tengok muka Maya Karin yang cantik jelita.. huahahaha... aku beli jugak... harga mahal tahap tak hengat!. Tapi pakainya tak sampai 20 kali, dah stop. Sebab sangat berminyak la krim ni.. krim kulit omputih mana sesuai ngan kulit org melayu cam aku ni.. membazir aje... uwaaaaa!!

Orang pakai, aku pun nak pakai gak. Hehe.. Bajet nak jadi cam Che Ta la kunun... cehhhh.... Aku pernah pakai pencuci muka, toner, serum, krim siang dan krim malam and tak lupe gak krim mata. Sepanjang guna, kulit muka aku leh terima dan takde masalah dengan produk Safi Rania Gold ni. Lagipun ianya tak mengelupaskan kulit, so produk ni memang antara pilihan yang terbaik untuk kulit orang Malaysia.

Produk terbaru pada abad ini dan hanya terdapat di Watson, Pure Beauty. Aku start pakai sebulan yang lepas. Harga produk ni memang boleh tahan mahal sebab produk ni berasal dari Korea. Tapi nasib baik time beli tu ada diskaun giler-giler. Sekarang aku guna pencuci muka, krim mata, gel pengelupasan, krim siang dan krim malam. Setakat aku guna krim siang, krim malam dan krim mata, memang okey. Takde timbul sebarang masalah langsung. Tekstur krim dia sangat ringan sebab berasaskan buah delima. Tang yang tak bestnya bila aku start pakai gel pengelupasan, terus bermaharajalela jerawat2 pasir kat atas muka aku ni! Ohhh tidakkkkkkk!!!! Ni la yang paling aku tak suka... tensi tol aku dibuatnya. Sekarang jerawat still ada lagi... terus aku stop penggunaan. Aduhai... tak abis lagi krim tu.... membazir duit lagi keje aku ni...

Sepanjang tahun lepas before aku beralih arah guna produk pure beauty ni, aku cuci muka guna produk netrougena dan toner dia sekali. Memang kelas dan sangat ngam dengan kulit muka aku. Ianya mengawal minyak dan buat kulit rasa segar lepas cuci.

Disebabkan pencuci muka aku dah abis, so aku decide untuk stop terus dan nak bertukar produk lain lagi. Hehe. Tapi aku akan terus pakai toner Neutrogena sebab yang aku suka dia free alcohol dan tak merengsakan kulit. Sekarang, aku decide nak kembali guna produk Olay. Disebabkan dah masuk 3 series ni, aku kena ambik serius dengan produk muka. Semestinya produk anti aging akan jadi pilihan. Aku baru beli pencuci muka Olay Regenerist sekarang ni dan dah start pakai 2 hari. So far, kesan sangat da boommmm okey. Bez giler la pencuci muka dia. Ada biji-biji macam skrub dan tak berbuih sangat menandakan tak mengandungi bahan kimia yang banyak. Lepas ni aku target nak beli set Olay Regenerist Serum ngan Night Krim dia. Untuk waktu siang, aku mungkin akan guna rangkaian produk Olay White Radiance kot. 


Sekian la sudah al kisah produk penjagaan wajah aku... dahsyat tak? Aku pun rasa sangat dahsyat... semua produk nak try.. nasib baik muka aku tak bertukar jadi cam alien... simpang jauh-jauh.. apepun syukur alhamdulillah dikurniakan kulit yang tidak la bermasalah sangat untuk dijaga walaupun tak selicin dan tak secantik kulit Erra Fazira ataupun Siti Nurhaliza... apepun, aku adalah aku.. hehe... nanti2 aku update lagi lepas hajat untuk memiliki set produk Olay tercapai ye.. 

See you...













1

Sorang2 kt shopping mall.. ^__^

Assalamualaikum semua..

Nak update story pasal semalam.. tgh2 bulan time sengkek camni sempat lagi aku gi shopping.. kebetulan semalam kuar gi pos ofis sorang2, boring nak balik rumah awal2, terus ler singgah kat shopping mall berdekatan nak tengok baju2 terkini..

Alih2 bila dah dok membelek, nah..siap borong 3 pasang skirt terus..

Suke nak tambah koleksi skirt, lagipun aku selesa guna skirt jenis camni.. harga pn berpatutan jer.. beli 3 pasang ni tak sampai rm100 pun... semalam dah hampir gak nak beli cardigen, tapi letak balik, fikir2 lain kali je la beli...

Bulan masih panjang... ^__^



4

My New Wedges Sandal ^___^...really love it!

Assalamualaikum..

Hari Khamis ari tu ajak hubby g jejalan kat Bintang Mall... last2 mata dok berkenan tengok kedai Lea Centre, terus p terjah masuk... masa camni memang takde sale sangat... harga2 kasut memang agak mahal.. memula ingat nak masuk untuk cuci-cuci mata je.. alih2... terkenan pulak dengan satu wedges ni... tak boleh nak tahan2, nak beli jugak... last2 hubby hulur duit bagi beli...hehe...yahooooo!!!!!

My choice! Aku sangat suka dengan design2 sandal camni...nampak simple tapi seksi! Haha... Harga bawah RM100.00... kalau cecah lebih RM100, tak kuasanye aku nak beli weh... lagipun aku memang takde koleksi heels untuk digunakan menghadiri function2 jabatan... so decide nak beli satu... memang dah lama planning nak beli...

Suke...suke..suke... ^____^ Tq hubby!! muahhhhhh.... (ohhhhh tumitku yang merekah! benci!abaikan.....)




2

Camera 360 Effect ^_^

Assalamualaikum...

Sekarang tentu semua tengah syok berkamera dengan software terbaru untuk adroid kan.. Camera 360....aku pun tak mau ketinggalan nak pose sana pose sini guna kamera tu... bagi pengguna smartphone adroid, juz download je software tu dari playstore.. nak lihat hasil muka aku tak? Aku tak perlu nak edit2 guna photoshop lagi dah..snap2 je terus muka jd cantik.. hahahaha.. (perasan tak sudah)



Hubby pun jd model...eheheh ^___^

Kan seronok kalau kulit muka memang original licin gebus2 tak perlu edit2 kan... hihihiii

1

Karya pertama masih dalam proses ^__^

Assalamualaikum..

Selamat pagi Ahad semua! Mood mengantuk sangat ni sebab baru balik kerja pagi tadi. Haduiii...takpe, nak curi sikit masa untuk update blog ni. Sekarang ni aku tengah cari idea nak create satu lagi blog khas untuk aku muatkan karya-karya aku nanti. Tak nak campur dengan personal blog. Karya aku sekarang dalam proses untuk dihabiskan. Memang perlukan masa untuk mereka sesuatu cerita. Tak semudah yang disangka! Dan aku sangat2 salute dengan novelis2 yang begitu gigih menghasilkan sebuah novel untuk bacaan umum.

Aku semakin meminati bidang penulisan. Sekadar untuk mengisi masa lapang, aku nak cuba jugak uji bakat aku yang memang tak seberapa ni. Dengan sokongan dari suami, lagi buat aku bersemangat. ^__^

Apepun, aku just nak introduce karya aku yang pertama yang masih lagi separuh jalan... hehe...

Jeng...Jeng..Jeng..


Cover rekaan dan idea aku sendiri.. hehe... nama pena yang aku pilih, NYSA ASIAH, dan aku sangat sukakannya! Aku harap aku dapat meluangkan lebih masa untuk menyiapkan karya aku ni. Bila aku dah create blog khas untuk e-novel nanti, barulah aku uploadkan karya aku ni nanti kat situ.

^____^



0

Mari sihat bersama Shaklee!

Assalamualaikum.

Tentu korang dah tahu kan pasal produk Shaklee? Sape yang tak tahu lagi, boleh kenal-kenal dengan produk tu. Sekarang memang tengah hangat dengan Shaklee, di sana sini Shaklee. So aku pun tak ketinggalan juga untuk ber Shaklee. Hehe. 1st kawan aku yang bernama UMIE SAPIDAH yang perkenalkan produk ni kat aku. Dia agen sah jual produk ni. Mula-mula memang banyak tanya gak la aku tentang produk ni, lebih-lebih lagi produk ni ada set yang boleh mengatur hormon dalam badan kita. Disebabkan keinginan untuk mendapatkan zuriat, rasanya tak salah kalau aku mencuba di samping doa saban waktu. Untuk permulaan, aku ambil vitamin GLA Shaklee. Kak Umie jugak yang sarankan suruh cuba vitamin ni.

So far, dah 2 minggu aku ambil supplement ni, tak de sebarang kesan sampingan. Maybe di dalam badan aku, supplement ni sedang bertindak balas. Aku nak tengok hasil untuk bulan depan. Just wait and see. :)

Selain supplement ni, aku ambik gak minuman ESP Shaklee. Aku gemar campurkannya dengan air horlicks atau milo. 2 ni je tekak aku boleh masuk dengan ESP ni. 1st time minum, tekak rasa menolak jugak. Lama-lama jadi sedap. Dan sekarang, dah 2 minggu minum ESP Shaklee, alhamdulillah selera makan aku terkawal. Berat badan aku pun turun 1 1/2 kg dalam masa 2 minggu ni. Sebab nye, aku semakin kurang makan nasi. Awal pagi aku memang breakfast dengan minuman ESP ni, kadang-kadang sampai jam 11 pagi, perut aku still rasa kenyang lagi. Kalau betul lapar, aku alas perut dengan krakers atau bread aje. Aku nak tunggu lagi hasilnya dalam masa sebulan. Kalau berat badan aku boleh diturunkan mengikut target, aku akan carry on minum ESP Shaklee ni.

Yang ni aku campur ESP dengan milo. Sedap! Heheeeee.... Aku ni malas sikit, minum ESP waktu pagi aje. Kalau rajin, minum time pagi, tengahari dan malam sebelum makan. Bila perut dah kenyang dengan ESP ni, kita tak payah lagi nak ambik makanan berat-berat. Cukup sekadar makan yang ringan-ringan.

Buat masa ni, aku mencuba 2 produk ni dulu. Nanti ada rezeki lebih, aku nak try set yang lain lak. 

Kalau korang berminat nak mencuba, dan ingin bertanya lebih lanjut tentang Shaklee, boleh pm fb----->  UMIE SAPIDAH




0

Bila cepat bosan dengan produk muka, mula la nak tukar...haishhhhh

Assalamualaikum...

Belum habis lagi kandungan produk wajah yang aku guna sekarang ni, dah tukar lagi produk lain. Tak tahu lah penyakit apa yang pelik sangat dengan aku ni gemar sangat bertukar produk. Nasib baik kulit muka ni tak ditumbuhi kulat. Ish3... setakat ni alhamdulillah aku tak mengalami sebarang masalah kulit muka setiap kali bertukar produk. Sebelum ni, aku gunakan krim muka Safi Rania Gold.

Memang takde masalah apepun sebenarnya masa aku pakai produk ni. Cuma ia buatkan kulit aku nampak sedikit berminyak lebih-lebih lagi dalam waktu tengahari. Aku sangat tak tahan bila rasa kulit muka berminyak, rasa macam semua kotoran melekat kat muka. Time2 tu jugak rasa nak gi cuci muka, tapi mana elok kalau kerap sangat cuci muka. Nanti kelembapan kulit akan hilang. Mekap memang takkan tahan lama kalau kulit muka dah berminyak, dan sebab itu juga yang buat aku sangat jarang dan malas nak pakai mekap. Tak selesa! Hadoiii... Kesan pemutihannya ada, tapi tak berapa ketara. Disebabkan aku ni jenis bertudung, bila terdedah dengan matahari, secara tak langsung kulit muka akan jadi berbelang. Macam garisan khatulistiwa dah di tengah pipi. Bahagian depan gelap, bahagian tengah tulang pipi ke belakang cerah. Tak ke dah macam topeng jadinya tu? Tona kulit aku jadi tak sekata dah.. guna produk ni siang dan malam pun, still lagi tak dapat nak meratakan tona kulit muka aku. Last2, disebabkan aku ni memang suka menapak masuk ke Watson, aku terus tertarik dengan satu produk muka ni..

Produk muka Pure Beauty, made in Korea, kandungannya 100% dari buah-buahan. Dan kandungan seperti ini lah yang aku nak cari. Produk yang berasaskan buah2an adalah lebih baik untuk kulit kita, dan yang penting produk ni bebas PARABEN okey. Sebarang produk yang ada kandungan PARABEN, sangat merbahaya tau. Boleh akibatkan kanser. Tapi tak dinafikan mana-mana produk yang di pasaran zaman sekarang memang terdapat unsur PARABEN. Memang payah nak elak jugak la.

Pure Beauty ni terdiri dari 3 jenis set untuk hasil yang berbeza,

Ini untuk semua jenis kulit, mengandungi antioxida dan diperbuat daripada buah delima. Tekstur pun lembut, bau pun memang bau buah delima! I like.. heheeee... dan sekarang aku baru beli krim muka siang dan malam jenis yang ni. Nanti baru beli set lengkap sebab harga produk ni memang boleh tahan jugak mahalnye. Beli sikit-sikit la ye.


Yang ni pulak set untuk anti penuaan, mengandungi unsur 'black pearl', sesuai la untuk mengurangkan garis kedut kat muka, set nya sangat lengkap, dari pencuci muka, masker, gel mata pun ada. Tapi harga set yang ni lagi  kaw-kaw dari harga yang antioxidant tu. Tak mampu aku. 1st memang rasa nk beli set yang ni, maklum la umur yang semakin meningkat ni kan, kena la guna produk anti penuaan. Tapi den tak mampu! Uhuk2...

Ni set yang ke 3, set pemutihan, tapi aku tak sure isi kandungannya sebab aku tak belek lagi set yang ni. Cuma aku rasa kandungan ni lebih kepada bunga-bungaan. Harga pun lebih kurang macam set anti penuaan gak kot. Set antioxidant je yang ada murah sikit.

Baru 2 hari aku menggunakan produk antioxidant tu. Tengok la nanti hasilnya macam mana. Kalau kulit muka aku still berminyak gak, tak tau la nak kata ape dah. So, kalau korang berminat, leh g jengah kat Watson ea.





Siguiente Anterior Inicio