0

Bila cepat bosan dengan produk muka, mula la nak tukar...haishhhhh

Assalamualaikum...

Belum habis lagi kandungan produk wajah yang aku guna sekarang ni, dah tukar lagi produk lain. Tak tahu lah penyakit apa yang pelik sangat dengan aku ni gemar sangat bertukar produk. Nasib baik kulit muka ni tak ditumbuhi kulat. Ish3... setakat ni alhamdulillah aku tak mengalami sebarang masalah kulit muka setiap kali bertukar produk. Sebelum ni, aku gunakan krim muka Safi Rania Gold.

Memang takde masalah apepun sebenarnya masa aku pakai produk ni. Cuma ia buatkan kulit aku nampak sedikit berminyak lebih-lebih lagi dalam waktu tengahari. Aku sangat tak tahan bila rasa kulit muka berminyak, rasa macam semua kotoran melekat kat muka. Time2 tu jugak rasa nak gi cuci muka, tapi mana elok kalau kerap sangat cuci muka. Nanti kelembapan kulit akan hilang. Mekap memang takkan tahan lama kalau kulit muka dah berminyak, dan sebab itu juga yang buat aku sangat jarang dan malas nak pakai mekap. Tak selesa! Hadoiii... Kesan pemutihannya ada, tapi tak berapa ketara. Disebabkan aku ni jenis bertudung, bila terdedah dengan matahari, secara tak langsung kulit muka akan jadi berbelang. Macam garisan khatulistiwa dah di tengah pipi. Bahagian depan gelap, bahagian tengah tulang pipi ke belakang cerah. Tak ke dah macam topeng jadinya tu? Tona kulit aku jadi tak sekata dah.. guna produk ni siang dan malam pun, still lagi tak dapat nak meratakan tona kulit muka aku. Last2, disebabkan aku ni memang suka menapak masuk ke Watson, aku terus tertarik dengan satu produk muka ni..

Produk muka Pure Beauty, made in Korea, kandungannya 100% dari buah-buahan. Dan kandungan seperti ini lah yang aku nak cari. Produk yang berasaskan buah2an adalah lebih baik untuk kulit kita, dan yang penting produk ni bebas PARABEN okey. Sebarang produk yang ada kandungan PARABEN, sangat merbahaya tau. Boleh akibatkan kanser. Tapi tak dinafikan mana-mana produk yang di pasaran zaman sekarang memang terdapat unsur PARABEN. Memang payah nak elak jugak la.

Pure Beauty ni terdiri dari 3 jenis set untuk hasil yang berbeza,

Ini untuk semua jenis kulit, mengandungi antioxida dan diperbuat daripada buah delima. Tekstur pun lembut, bau pun memang bau buah delima! I like.. heheeee... dan sekarang aku baru beli krim muka siang dan malam jenis yang ni. Nanti baru beli set lengkap sebab harga produk ni memang boleh tahan jugak mahalnye. Beli sikit-sikit la ye.


Yang ni pulak set untuk anti penuaan, mengandungi unsur 'black pearl', sesuai la untuk mengurangkan garis kedut kat muka, set nya sangat lengkap, dari pencuci muka, masker, gel mata pun ada. Tapi harga set yang ni lagi  kaw-kaw dari harga yang antioxidant tu. Tak mampu aku. 1st memang rasa nk beli set yang ni, maklum la umur yang semakin meningkat ni kan, kena la guna produk anti penuaan. Tapi den tak mampu! Uhuk2...

Ni set yang ke 3, set pemutihan, tapi aku tak sure isi kandungannya sebab aku tak belek lagi set yang ni. Cuma aku rasa kandungan ni lebih kepada bunga-bungaan. Harga pun lebih kurang macam set anti penuaan gak kot. Set antioxidant je yang ada murah sikit.

Baru 2 hari aku menggunakan produk antioxidant tu. Tengok la nanti hasilnya macam mana. Kalau kulit muka aku still berminyak gak, tak tau la nak kata ape dah. So, kalau korang berminat, leh g jengah kat Watson ea.





0 Comments:

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio