2

SNE Beautskin Essence

Salam...

Ari ni nak story tentang supplement Beautskin. Korang penah dgr tak tentang supplement ni? Rasanya Beautskin dah semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi sekarang ni di kalangan wanita. Meh tengok packaging Beautskin

Ianya berbentuk pil. Rasa bukan macam rasa pil vitamin yang selalu kita makan tu. Rasa dia lain sikit. Aku tengah mengamalkan pengambilan Beautskin sekarang ni. Almost 10 days dah. Ada jugak perbezaan yang terjadi pada kulit aku. Kulit kelihatan lebih cerah dan yang paling buat aku happy sangat bila kulit muka jadi tegang dan liang-liang roma di muka juga mengecil.

Beautskin didatangkan dalam 2 pakej, 30 biji dan 60 biji. Harga memang boleh tahan, yang aku beli ni 60 biji. Aku beli dari seorang stokis yang aku kenal melalui FB. Kalau nak hasil yang terbaik, kena berdisiplin amik supplement ni dan kena teruskan pengambilan untuk mendapat kulit yang cantik dan mulus dengan sepenuhnya. Aku ni baru pertama kali mencuba. 

Beautskin amat baik dalam memperbaiki sel2 kulit dan juga sel2 dalam badan kita. Ianya blh mengurangkan senggugut ketika haid.

Cara pengambilan:
2 biji pg sblm srpn pg dan 2 biji malam sblm tidur
Minum air kosong secukupnya kerana kulit yang sihat dan cantik adalah bermula dari amalan meminum minuman air kosong/masak


Aku xedit, guna hp samsung s2..aku skdr guna pelembab muka and compact silky white je..selalu nya kena tempek BB Cream baru leh dapat kulit licin..tp skrg xperlu lg, guna pelembab muka and then leh terus sapu bedak kt muka...done!

p/s Ramai orang kata penyanyi Adira AF amik supplement ni, sbab tu kulit dia sangat cantik dan putih gebu je


0

Transformasi: Aku jadi cowgirl

Salam...

Dah bermacam2 transformasi pulak yang aku lalui.. gara2 tempat keja aku yang sangat aktif dalam pelbagai jenis aktiviti tahunan...

Aku dah pegang watak heroin cowboy nie, dah jadi cowgirl sesat di zaman moden.. haha... Ini adalah program sempena Sambutan Hari Inovasi kat tempat keja aku... bertemakan 'Country'... so suma staff memang transform habis2an la jadi cowboy and cowgirl... sungguh syok!!!

1st time dengan tema seperti ini dan ianya adalah sesuatu yang sangat menarik dan berlainan sekali..

Kami sangat gila2, sporting dan ceria!!! Haha.... Awek2 cowgirl... 

c u later



0

Aku si baju hijau... rasa bangga bila dapat menyarungkannya

Salam...

Kenapa aku kata aku si baju hijau dan aku bangga bila dapat menyarungkannya? Nak tau? Jom tengok dulu..

Haaaa... smart tak? Aku rasa sangat bangga okey! Bila melihat diri seperti seorang perwirati... Ni adalah sempena program Hari Malaysia kat tempat keja aku pada bulan September yang lepas... ni group aku... kami terlibat dalam pertandingan teater muzikal...so ini adalah curahan dan gabungan idea2 kami... menjadi lah satu jalan cerita menarik di mana akhirnya kumpulan kami telah menjuarai pertandingan teater muzikal tu.. haaa hebat x? Haha... ceh...puji diri sendiri kan..

Kami siap buat kawad kaki lagi atas pentas.. Kami adalah wira dan wirawati Kpg Pinang Sebatang..eh..mcm pernah dgr je...Huuuhuuuu
Okey pengakuan jujur sejujur jujurnya, ini adalah kali pertama aku menyarungkan pakaian tentera ni.. x kan nk pakai pakaian seragam ni sesuka hati je kan kalau xda tujuan tertentu... so kita kena tunjukkan semangat cintakan negara dan tanahair kita bila kita diberi peluang untuk berpakaian tentara ni, bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini...

Entah ada lagi tak peluang mcm ni lepas ni..

c u later...

0

Kaki novel tegar!

Salam....

Opppssss!!! Selalu blogger akan kata..blogger tegar...tp aku lak kata kaki novel tegar...hehe... sebab aku sangat minat membaca novel sejak dari zaman sekolah lagi... aku rasa memang ramai kaum hawa yang minat membaca novel...tol x? Haaa...jgn x ngaku....

Kadang-kadang sebab minat yang terlampau tegar sesetengah orang memang sanggup berhabis duit semata-mata untuk memiliki apa yang dihajati... begitu juga lah dengan aku...dek kerana ketegaran aku dengan novel2..memang ratus2 jugak la fulus aku terbang melayang kalau dah nak membeli... aku x suka nak memilih2, kalau aku tengok ada 4 buah novel dengan kesemua jalan cerita yang menarik, aku akan terus beli..hahaha.... sebab kalau aku set kan untuk beli lain kali, aku x mau menyesal time tu nanti bila novel tu dah di kebas orang... so aku ni jenis... alah membeli syok membaca...eh eh ada ke pepatah camtu ek?? Ah hentam aje lah...

Ada jugak orang beranggapan pembaca novel ni jiwang dan mudah berangan2... bagi aku x salah berangan selagi perkara tu x  mendatangkan kemudaratan... kan? Manusia mana yang x suka berangan?? Jangan nak hipokrit kata x pernah berangan ea.... 

Ni koleksi yang aku ada sekarang, lom plus lagi dengan yang ada d kampung.. blh kata aku dah mampu bukak library ni haa, haha.... novel2 ni aku jaga elok2...aku balut cantik2... sebab aku beli ye, bkn mintak free2...huuhuuu

c u later



0

Cuci mata! Cari sesuatu yang berbeza

Salam....

layan gmbar je...

Hah!!!! Si Comel rupanya yang dh bercampur aduk dengan barang-barang tu...kucing sekor ni sangat suka melepak di ofis tempat aku keja...melepak last2 tdo aje keja si Comel ni.... huhu...

c u later

0

Jaga hal dan hak masing-masing....

Salam...
Haaaaa......pepagi dah macam orang jiwa kacau jek...

Yup! Aku ada sedikit jiwa kacau sejak dari petang semalam... kesan daripada keadaan cuaca dan kepanasan semalam...oooppsss itu faktor sampingan je...bukan faktor utama yang menjadi penyumbang kepada masalah jiwa kacau aku ni...

Oohhhh.....aku sudah mula mengeluh....

Kenapa manusia selalu ada yang tidak puas hati dengan kejayaan dan kelebihan orang lain? Aku hanya mahu buat hal aku sendiri sebab aku x pernah ganggu hal dan urusan orang lain.. kalau orang lain nak berjaya atau apa, aku tumpang gembira..... kalau betul dia seorang yang tulus ikhlas dalam setiap perkara yang dia lakukan, so memang layak dia memperoleh kejayaan. Tapi bagaimana sebaliknya???

Beroleh kejayaan dengan cara yang tidak jujur dan berpura2? Someone yang boleh dikategorikan sebagai Pembunuh senyap...haaaa 'Silent Killer' kata omputih kan.... Tapi aku tak mau ambil peduli dengan spesis macam ni... Sebaiknya aku akan teruskan dengan apa yang aku dah capai sekarang dan aku mahu melakukan segala perkara dengan jujur... So the best thing is....Jaga hal dan hak masing-masing okey!!!! Doakan aku! Amin Ya Rabbal Alamin...

c u later



0

Teman manja dan mesra

Salam....

Tajuk membuai2...heheeee

Selalu orang kata teman tapi mesra, tapi aku pulak kata teman manja dan mesra? Why? Sebab teman ku itu memang sifatnya begitu...sentiasa manja dan mesra sampai aku sentiasa rasa nak picit2 aje..huuuuuuu...temanku itu manja dan mesra dengan semua orang...xkira usia....hebat kan???? Kalau korang tengok pun, mesti korang akan jatuh suka gak....aku jamin! Sebab apa aku jamin.... Jom kenal2 ngan teman manja dan mesra aku nie...

Haaa...ini lah dia teman manja dan mesra ku...si Comel..... suke x? :)..si Comel pun menjalani kehidupan nya di pusat pemulihan...so aku sebagai seorang staff yang baik hati dan penyayang, aku jadikan si Comel sebagai teman ku bila aku bertugas syif malam...

c u later

Siguiente Anterior Inicio