1

ATKINS DIET: Day 1 (01/02/14)

Salam semua..

Entry tertunggak sehari.. hehe... dh lama tak update blog.. semalam 01/02/14, aku memulakan azam baru untuk berdiet dengan cara yang lebih sihat lagi. Sebelum tu, aku memang dah start program diet ni selama 13 hari, tapi berat aku langsung tak turun disebabkan aku mengamalkan cara diet yang salah. Bukan diet yg tak makan ye, aku makan, tapi kandungan dalam makanan yang aku ambil tu tak berapa sesuai untuk diet. hehe...

Kebetulan pulak pada 31/01/14, seharian aku dok berdating je ngn cek google, terbukak lah blog2 di mana semua orang bercerita mengenai Atkins Diet. So aku pun mula menjelajah dari satu blog ke satu blog untuk membaca pengalaman mereka yang mengamalkan Atkins Diet ni dan berkenalan dengan Atkins diet. Atkins diet ni bukan pil ke ape ek. Atkins diet ni di mana kita mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula dalam makanan seharian dan lebihkan sumber protein. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari dan air bergula adalah dilarang sama sekali semasa berdiet Atkins ni. Untuk fasa permulaan, mmg agak sukar, tapi disiplin diri kena kuat. Berat aku skarang dah mencecah 59kg, jadi aku tak boleh pandang ringan lagi dengan berat ni. Sebelum aku masuk list overweight, better aku cegah dari awal. Aku target mencapai berat 50kg. Hari pertama aku nak menghabiskan air kosong sebanyak 3L, aduhhh rasa nk tersekat aje tekak sebab susah nk terima air kosong sebanyak tu. Sebelum ni aku memang kurang minum air kosong, kuat minum milo dan nescafe.







Hehe.. betapa seksa juga jiwa dan raga aku ni bila aku terpaksa mencurangi kedua-dua air kegemaran aku tu buat masa ni. Semalam aku hanya berjaya habiska 1.5L air kosong je. Takpe, slow2 kan.. mana dapat nk terus di paksa.. terkejut pulak organ2 dalam badan kang..

Semalam breakfast aku makan scrambled eggs ngn susu+oat (aku belum tahu yang diet Atkins tak boleh ambik susu dan gandum).. ni kesilapan di hari pertama, tapi takpe.. hari seterusnya takkan buat lagi.. ngeeee..

Cek google punye gambar
Telur adalah menu makanan utama dalam diet Atkins sebab telur mengandungi kadar protein yang tinggi dan 0 carbs.. so leh makan telur hari2, tapi kena kreatif la untuk variasikan masakan telur, kalau tak nanti kang muak dan loya pulak.. last2 diet tak menjadi dan rugi masa dan tenaga lak kan... untuk menu lunch pulak aku makan:

-ayam grill blackpaper
-sayur tauge+sawi+sdikit ikan bilis tumis
-udang galah rebus

Ni adalah antara menu yang mengandungi kadar protein yang tinggi, tetapi tetap ada kandungan carbs dan jumlah yang diambil perlu lah bersesuaian ye. Sehari kadar carbs yang boleh kita ambil tidak melebihi 20g carbs. Diet Atkins menggalakkan kita untuk makan malam sekurang-kurangnya sebelum jam 8 malam. Ambil menu yang mudah je macam salad ke, sosej panggang, ikan panggang, udang bakar. Tapi semalam hubby bawak aku g makan steamboat, so aku hanya ambik menu ayam yang digaul dengan blackpaper dan kari serta sayur-sayuran. Hehe... 

Aku akan timbang berat selepas hari ke 7 aku berdiet ni.. semoga usaha aku tidak sia-sia.. amin... nak tahu lebih lanjut tentang Atkins diet ni, sila lah rajin-rajinkan diri lawat cek google ye.. ramai yang berjinak-jinak dengan atkins diet ni dan mereka telah berjaya...

Adios.....

1 Comments:

Umie

mee n bihun pun sama sal..ada kawan ofis kmk pun tgh berdiet juak.. bihun pun x dimakannya...mun yg berasaskan tepung nang lansung...

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio