As Salam semua...
Wah, lama betul blog aku ni terabai... betul2 pemalas tahap superman aku ni... kalau nk story ttg aktiviti harian aku, mmg byk sbnrnya.. tapi disebabkan aku ni memang pemalas tahap tak ingat dan malas nk upload gmbr, tu yg blog tak ber update ni.. tapi sekarang ni aku rasa rajin semacam ler pulak... ni disebabkan rasa excited yang membuak-buak bagai buih di lautan kat dalam hati aku ni haaa...
Al kisahnya...
2 hari yang lepas tetiba pulak muncul kat kepala aku ni soalan" Planning trip to korea 2015, anyone interested?" kat fb aku.. aku tag la kengkawan sama2 study kat poli dulu... kot2 nasib aku bertuah dan pertanyaan aku tu mendapat balasan positif kan.. tak sangka pulak soalan tu mendapat feedback yang sangat pantas dan menderu2 dari dorg yang aku tag.. rupa2nya masing-masing semangat mau ke korea! aku apa lagi... terus nak melompat2 keriangan masa tu jugak.. hahaha...
Dari lama tak ber contact, terus mendeu-deru kami ber contact, siap aku buat group watapps lagi utk memudahkan kami bersembang2.. hahaha... disebabkan keterujaan yang teramatlah gila tu.. hadoiiii.. kami plan nak g tahun 2015 nanti.. uiiihhhhh lama giloksss la nak tggu... sbb apa kami pilih thn 2015? kena bagi masing-masing ruang dan masa untuk buat simpanan bajet ler... mana dapat nk pergi main terjah2 camtu jer kan... kena make sure bajet betul2 mencukupi, baru senang hati nak melancong... hehe..
Kebetulan pula salah seorang kawan aku tu dah pun pernah jejak kaki ke sana, so senang sikit la cerita kitorang ni nanti, dia boleh jadi guide kami di sana nanti... dalam kepala aku ni dah dok terpikir dah nak pergi musim ape.. banyak gak aku duk godek2 blog orang malaysia yang dah ke sana.. rata2nya suggest g musim luruh... aku pun memang teruja sangat nak tengok musim luruh ni.. tengok gambar-gambar kat pakcik google dah buat aku jadi gila bayang... sabar.. sabar..
Aku tak mau la cerita banyak... lama lagi la nak masa tu... tapi pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu nanti kan... semoga 2015 cepat2 menghadirkan diri!!!!
Sekian.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 Comments:
Leave Your Comment
Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)