Tengok title aje dah tau aku ni memang jenis takleh nak setia pada satu produk.. hehe.. dah bermacam-macam jenis produk yang aku guna.. kadang-kadang tak sampai 2 bulan guna sesuatu produk, dah gatai-gatai p tukar produk lain. Nasib baik kulit muka aku ni jenis tak banyak buat hal. Meh aku nak share sikit pasal produk wajah yang pernah aku guna sepanjang usia remaja sampai la aku dah tua sekarang ni (tapi hati maintain muda.. kehkehkeh)..
*sumber dari mr.google*
Paling aku tak leh lupa adalah krim ni.. Hazeline Snow.. sape pernah tengok krim ni? Atau memang tak pernah tengok dan tak pernah kenal? Aku sendiri pun tak pasti sama ada wujud lagi ke tidak krim ni sekarang. Seingat aku, aku mula menggunakan krim ni seawal usia 12 tahun!. Wahhh kelas gitu, darjah 6 lagi aku dah reti pakai krim muka.. hehe.. time tu aku bedal krim muka mak... yang bez nya tentang krim ni, dia wat muka jadi putih licin gebus2 je... aku pakai krim ni sampai umur aku 17 tahun kalo tak silap.. after a year, packaging dia bertukar wajah kepada yang ni..
Krim ni memang the best la bagi aku sebab kulit muka aku tak pernah bermasalah selama aku menggunakannya. Lepas tu, bila aku sambung study kat politeknik, aku dah mula nak tukar produk lain pulak. Maklum lah usia dah menginjak dewasa kan.
Krim ni pun aku guna. Kalo orang kata krim ni memutihkan wajah, iye la kot. Tapi bagi ku, putih dia bukan putih yang menggebukan kulit, tapi putih macam muka ditempek dengan tepung yang dicampur air. Tambahan lagi kulit aku jadi berminyak ya amat bila guna krim ni. So, aku sangat tak berminat la nak terus pakai. Then aku tukar lagi.
Utk Biore ni aku juz pernah pakai pencuci muka aje yang tiub kaler biru. Ape yang dapat aku ulas sepanjang menggunakan produk ni, ianya sangat lah mengeringkan kulit muka aku. Tak lame aku pakai mende nih terus stop.
Bila dah masuk alam pekerjaan, dah ada duit gaji sendiri, mula la nak pakai produk yang up cket kan. Tengok muka sorang kawan yang kelihatan berseri-seri dan licin, terus la aku pergi interview dia guna produk muka apa. Dia kata Natasya. Aku ape lagi kooo, dapat gaji je terus terjah kedai yang berhampiran. Hekhek... dasar kan! Time tu aku beli satu set terus produk Natasya ni dengan harga RM180.00. Produk termahal yang pertama yang aku beli hokey! Parkinson jugak aku time hulur duit itu, tapi nak kulit cantik punya pasal, berkorban aje le. Pakai sabun dia cuci muka, pergghhhh memang terasa segar je kulit and lama-lama memang nampak jadi cerah gak la. Tambahan lagi bila guna complete set, tapi.... tang tapi ni, yang paling tak baiknye adalah krim malam. Memang kulit aku jadi putih licin, tapi krim malam dia sangat2 menghakis kulit dan menipiskan kulit muka aku. Tak leh kena panas ckit, tengok la kulit muka aku dah serupa macam udang kena bakai. Alamak.... pedih giler pun iye jugak.. so aku stop terus dari guna krim malam tu, aku juz proceed guna sabun cuci muka aje untuk beberapa bulan.. tapi harga produk ni memang boleh tahan mahal jugak la bagi aku...
Then... aku dah start bosan guna Natasya, terpengaruh lagi dengan iklan kat tv.. aku tukar produk lagi. Tak habis2 lagi la penyakit aku ni kan.. haduiii..
Aku try guna De' Putih pulak... still lagi produk keluaran bumiputera ni... tak banyak kesan yang boleh aku ulas sebab produk ni lebih kurang sama je ngan Natasya, menghakis kulit. Cetttttt....
Tia Amelia ni aku cuma pernah guna sabun pencuci muka dan krim kunyit dia aje.. Ko tengok tu dia kata tanpa pengelupasan.. memang tak jujur betul lah. Guna krim kunyit tu muka pun dah kaler kunyit gak, kuning. Haha.. bagi aku, selagi produk tu keluaran bumiputera, selagi itu la produk tu akn mengandungi bahan yang menghakis kulit. Ko tengok je dalam setahun berapa belas ratus kali aku bertukar produk. Gilos!
Aku pernah guna gak krim fair&lovely glow ni. Sepanjang aku guna takde sebarang masalah, cuma kulit muka berminyak after 5-6 jam guna. Tu je yang aku tak leh tahan.
Jeng..jeng..jeng... aku pun tak ketinggalan menggunakan produk olay... pilihan aku tentunya anti aging nye produk Olay... Olay total effects ni kalau di pakai berterusan maybe leh menunjukkan hasil nye kot, tapi aku biasalah, tak leh nak setia lama2... aku curang jugak dengan olay ni...
Gara-gara terpengaruh dengan iklan tengok muka Maya Karin yang cantik jelita.. huahahaha... aku beli jugak... harga mahal tahap tak hengat!. Tapi pakainya tak sampai 20 kali, dah stop. Sebab sangat berminyak la krim ni.. krim kulit omputih mana sesuai ngan kulit org melayu cam aku ni.. membazir aje... uwaaaaa!!
Orang pakai, aku pun nak pakai gak. Hehe.. Bajet nak jadi cam Che Ta la kunun... cehhhh.... Aku pernah pakai pencuci muka, toner, serum, krim siang dan krim malam and tak lupe gak krim mata. Sepanjang guna, kulit muka aku leh terima dan takde masalah dengan produk Safi Rania Gold ni. Lagipun ianya tak mengelupaskan kulit, so produk ni memang antara pilihan yang terbaik untuk kulit orang Malaysia.
Produk terbaru pada abad ini dan hanya terdapat di Watson, Pure Beauty. Aku start pakai sebulan yang lepas. Harga produk ni memang boleh tahan mahal sebab produk ni berasal dari Korea. Tapi nasib baik time beli tu ada diskaun giler-giler. Sekarang aku guna pencuci muka, krim mata, gel pengelupasan, krim siang dan krim malam. Setakat aku guna krim siang, krim malam dan krim mata, memang okey. Takde timbul sebarang masalah langsung. Tekstur krim dia sangat ringan sebab berasaskan buah delima. Tang yang tak bestnya bila aku start pakai gel pengelupasan, terus bermaharajalela jerawat2 pasir kat atas muka aku ni! Ohhh tidakkkkkkk!!!! Ni la yang paling aku tak suka... tensi tol aku dibuatnya. Sekarang jerawat still ada lagi... terus aku stop penggunaan. Aduhai... tak abis lagi krim tu.... membazir duit lagi keje aku ni...
Sepanjang tahun lepas before aku beralih arah guna produk pure beauty ni, aku cuci muka guna produk netrougena dan toner dia sekali. Memang kelas dan sangat ngam dengan kulit muka aku. Ianya mengawal minyak dan buat kulit rasa segar lepas cuci.
Disebabkan pencuci muka aku dah abis, so aku decide untuk stop terus dan nak bertukar produk lain lagi. Hehe. Tapi aku akan terus pakai toner Neutrogena sebab yang aku suka dia free alcohol dan tak merengsakan kulit. Sekarang, aku decide nak kembali guna produk Olay. Disebabkan dah masuk 3 series ni, aku kena ambik serius dengan produk muka. Semestinya produk anti aging akan jadi pilihan. Aku baru beli pencuci muka Olay Regenerist sekarang ni dan dah start pakai 2 hari. So far, kesan sangat da boommmm okey. Bez giler la pencuci muka dia. Ada biji-biji macam skrub dan tak berbuih sangat menandakan tak mengandungi bahan kimia yang banyak. Lepas ni aku target nak beli set Olay Regenerist Serum ngan Night Krim dia. Untuk waktu siang, aku mungkin akan guna rangkaian produk Olay White Radiance kot.
Sekian la sudah al kisah produk penjagaan wajah aku... dahsyat tak? Aku pun rasa sangat dahsyat... semua produk nak try.. nasib baik muka aku tak bertukar jadi cam alien... simpang jauh-jauh.. apepun syukur alhamdulillah dikurniakan kulit yang tidak la bermasalah sangat untuk dijaga walaupun tak selicin dan tak secantik kulit Erra Fazira ataupun Siti Nurhaliza... apepun, aku adalah aku.. hehe... nanti2 aku update lagi lepas hajat untuk memiliki set produk Olay tercapai ye..
See you...



.jpg)




















5 Comments:
wah byknya produk yg PH guna....nasib baik muka x naik gunung berapi...muka kak fiza kalau silap tepek keja nak naik bukit bukau ja....huhuhu
Reply Back
@Hafizah Mohamad
Hehe.. itu la kak, sy ni jenis tak tahan lama guna produk, cepat je nak tukar... nasib baik kulit muka tak meragam.
Reply Back
bekas hazeline snow yang camtu dah lama xnampak
Reply Back
@pelangi chenta bekas dia dah bertukar bentuk, yg lama tu mmg dah takde lagi rasanya
Reply Back
Ko punya crta sama mcm kish aku ajee..start dgn produk 1st tu..aku pki umur 11@12 thun gitu...
Aku tgh tcari2..aki nk try Olay jugk la..
Reply Back
Leave Your Comment
Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)