0

Cuti2 Borneo: Sabah Part 1

Assalamualaikum...

Cuti panjang sempena CNY ni tadi korang g mane? Seronok kan bila ada cuti panjang... kesempatan utk kita meluangkan masa bersama keluarga.. aku awal2 dah plan nak join rombongan member satu tempat keja aku g ke Sabah. Ni kali kedua aku ke Sabah.Kami stay d Sabah selama 4 hari 3 malam.

Day 1... 08/02/13 (Jumaat)

Kami bertolak seawal jam 6.30 pagi dari Miri Sarawak. Konvoi 4 buah keta. Hari ini adalah hari kemuncak untuk mereka2 yang balik bercuti ke tempat masing-masing. Keadaan sempadan Miri-Brunei tidak lah begitu sesak sangat mungkin sebab kami bertolak awal pagi. Dari Sarawak nak ke Sabah kena lalu Brunei Darussalam dulu ye. So kena la ada passport kalau guna jalan darat. 

Perjalanan pergi utk hari nie mengambil masa lebih kurang 12 jam sebab keadaan jalan agak sesak dan pergi secara konvoi nie memang xdpt nak laju sangat. Sebab ada member yang x tau jalan. Aku dan husband jd guide. Nak ke Sabah kena lalui Brunei - Limbang Sarawak - Brunei - Lawas Sarawak - Sabah... 

Disebabkan laluan luar negara yang jadi pemisah, memang terpaksa banyak berhenti kat border untuk cop passport. Kami sampai di bandar Kota Kinabalu pada jam 6 pm. 


Kami chek-in di Ruby Inn, Kpg Air dengan harga RM81 semalam. Berbaloi la kan, sekadar tempat untuk tidur dan mandi. Tiada sebarang aktiviti untuk hari pertama ni sebab semua dah letih, hari pun dah malam.. sekadar pegi makan malam je aktiviti utk hari ini..

Entry bersambung.....



0 Comments:

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio