0

Menggamit Memori: Komputer Final

As salam..

Sambungan entry Menggamit Memori: Komputer Part 3

Dah masuk penutup al kisah zaman purba ni... hehe... story perjalanan tentang minat aku terhadap komputer ni bermula seawal usia aku 11 tahun sampai la aku dah tua bangka sekarang ni.. (aisehhh tua bangka??)

Habis je SPM and dapat result yang memuaskan, aku terus apply study kt Politeknik Kuching Sarawak. Bidang pilihan utama aku adalah IT!!!! Haha... Ade gak aku cuba apply Maktab Perguruan, tapi dah memang rezeki aku tidak ditakdirkan untuk jadi guru agak nya... lagipun aku ni memang xde kelayakan nak jadi guru pun.. xminat!

At last, permohonan ke Politeknik berjaya dan di situ aku semakin lebih mendalami bidang IT selama 3 tahun dalam Diploma Information Technology. 

Di sini segala jenis ilmu IT aku pelajari... sampai la tahap aku menjadi benar2 mahir... dan paling aku x dpt nk lupakan bila hajat yang aku simpan dari usia 11 tahun lagi tu, nak memiliki komputer sendiri, akhirnya tercapai. Dengan duit mana aku beli? Nak tau....??

Dengan duit dari pinjaman PTPTN ni la... itu la harta pertama paling berharga bagi aku... rasa mcm mimpi bila aku ada komputer sendiri masa tu. Kebetulan ada satu kedai komputer kat kawasan kpg aku jual set komputer harga offer RM1800. Memang dah ckup murah la tu bagi aku. Aku beli terus. Dan komputer tu la yang setia berkhidmat dengan aku sepanjang aku menuntut ilmu di Politeknik dulu. Tapi sekarang komputer tu dah tua, dah rosak. tapi aku still lagi simpan kat kpg... kenangan tu.

Beberapa tahun selepas tu, bila aku dah bekerja, semakin canggih la komputer aku. Dan dengan duit gaji hasil titik peluh sendiri, aku mampu beli sebijik laptop. Hehe... Laptop pun dah lama aku dok mengidam dulu tau. Laptop pertama aku di beli pada tahun 2008. Dan sekarang semasa aku tengah berblogging ni, laptop yang sama ni jugak la yg berkhidmat utk aku. Syukur masih sihat walafiat lagi laptop aku ni.

My 1st ever laptop design cmni la.. masa tu harga laptop memang masih mahal tahap cekik darah. Tapi sekarang aku rasa orang main petik-petik jari je dah mampu beli kan? Apepun, segala apa yang kita minat, kalau kita kuat berusaha, insyaallah ianya pasti akan jadi nyata dan jadi milik kita jugak, kan??? :)
opsssss!!! Bidang kerjaya aku sangat lari dari bidang kursus aku... aku bukan pegawai IT tau, tapi aku bertugas sebagai Social Worker under Welfare Department... tgk, jauh tersasar kan? xpe la, yang penting aku sudah ada kerjaya.. :)




0 Comments:

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio