4

My New Wedges Sandal ^___^...really love it!

Assalamualaikum..

Hari Khamis ari tu ajak hubby g jejalan kat Bintang Mall... last2 mata dok berkenan tengok kedai Lea Centre, terus p terjah masuk... masa camni memang takde sale sangat... harga2 kasut memang agak mahal.. memula ingat nak masuk untuk cuci-cuci mata je.. alih2... terkenan pulak dengan satu wedges ni... tak boleh nak tahan2, nak beli jugak... last2 hubby hulur duit bagi beli...hehe...yahooooo!!!!!

My choice! Aku sangat suka dengan design2 sandal camni...nampak simple tapi seksi! Haha... Harga bawah RM100.00... kalau cecah lebih RM100, tak kuasanye aku nak beli weh... lagipun aku memang takde koleksi heels untuk digunakan menghadiri function2 jabatan... so decide nak beli satu... memang dah lama planning nak beli...

Suke...suke..suke... ^____^ Tq hubby!! muahhhhhh.... (ohhhhh tumitku yang merekah! benci!abaikan.....)




2

Camera 360 Effect ^_^

Assalamualaikum...

Sekarang tentu semua tengah syok berkamera dengan software terbaru untuk adroid kan.. Camera 360....aku pun tak mau ketinggalan nak pose sana pose sini guna kamera tu... bagi pengguna smartphone adroid, juz download je software tu dari playstore.. nak lihat hasil muka aku tak? Aku tak perlu nak edit2 guna photoshop lagi dah..snap2 je terus muka jd cantik.. hahahaha.. (perasan tak sudah)



Hubby pun jd model...eheheh ^___^

Kan seronok kalau kulit muka memang original licin gebus2 tak perlu edit2 kan... hihihiii

1

Karya pertama masih dalam proses ^__^

Assalamualaikum..

Selamat pagi Ahad semua! Mood mengantuk sangat ni sebab baru balik kerja pagi tadi. Haduiii...takpe, nak curi sikit masa untuk update blog ni. Sekarang ni aku tengah cari idea nak create satu lagi blog khas untuk aku muatkan karya-karya aku nanti. Tak nak campur dengan personal blog. Karya aku sekarang dalam proses untuk dihabiskan. Memang perlukan masa untuk mereka sesuatu cerita. Tak semudah yang disangka! Dan aku sangat2 salute dengan novelis2 yang begitu gigih menghasilkan sebuah novel untuk bacaan umum.

Aku semakin meminati bidang penulisan. Sekadar untuk mengisi masa lapang, aku nak cuba jugak uji bakat aku yang memang tak seberapa ni. Dengan sokongan dari suami, lagi buat aku bersemangat. ^__^

Apepun, aku just nak introduce karya aku yang pertama yang masih lagi separuh jalan... hehe...

Jeng...Jeng..Jeng..


Cover rekaan dan idea aku sendiri.. hehe... nama pena yang aku pilih, NYSA ASIAH, dan aku sangat sukakannya! Aku harap aku dapat meluangkan lebih masa untuk menyiapkan karya aku ni. Bila aku dah create blog khas untuk e-novel nanti, barulah aku uploadkan karya aku ni nanti kat situ.

^____^



0

Mari sihat bersama Shaklee!

Assalamualaikum.

Tentu korang dah tahu kan pasal produk Shaklee? Sape yang tak tahu lagi, boleh kenal-kenal dengan produk tu. Sekarang memang tengah hangat dengan Shaklee, di sana sini Shaklee. So aku pun tak ketinggalan juga untuk ber Shaklee. Hehe. 1st kawan aku yang bernama UMIE SAPIDAH yang perkenalkan produk ni kat aku. Dia agen sah jual produk ni. Mula-mula memang banyak tanya gak la aku tentang produk ni, lebih-lebih lagi produk ni ada set yang boleh mengatur hormon dalam badan kita. Disebabkan keinginan untuk mendapatkan zuriat, rasanya tak salah kalau aku mencuba di samping doa saban waktu. Untuk permulaan, aku ambil vitamin GLA Shaklee. Kak Umie jugak yang sarankan suruh cuba vitamin ni.

So far, dah 2 minggu aku ambil supplement ni, tak de sebarang kesan sampingan. Maybe di dalam badan aku, supplement ni sedang bertindak balas. Aku nak tengok hasil untuk bulan depan. Just wait and see. :)

Selain supplement ni, aku ambik gak minuman ESP Shaklee. Aku gemar campurkannya dengan air horlicks atau milo. 2 ni je tekak aku boleh masuk dengan ESP ni. 1st time minum, tekak rasa menolak jugak. Lama-lama jadi sedap. Dan sekarang, dah 2 minggu minum ESP Shaklee, alhamdulillah selera makan aku terkawal. Berat badan aku pun turun 1 1/2 kg dalam masa 2 minggu ni. Sebab nye, aku semakin kurang makan nasi. Awal pagi aku memang breakfast dengan minuman ESP ni, kadang-kadang sampai jam 11 pagi, perut aku still rasa kenyang lagi. Kalau betul lapar, aku alas perut dengan krakers atau bread aje. Aku nak tunggu lagi hasilnya dalam masa sebulan. Kalau berat badan aku boleh diturunkan mengikut target, aku akan carry on minum ESP Shaklee ni.

Yang ni aku campur ESP dengan milo. Sedap! Heheeeee.... Aku ni malas sikit, minum ESP waktu pagi aje. Kalau rajin, minum time pagi, tengahari dan malam sebelum makan. Bila perut dah kenyang dengan ESP ni, kita tak payah lagi nak ambik makanan berat-berat. Cukup sekadar makan yang ringan-ringan.

Buat masa ni, aku mencuba 2 produk ni dulu. Nanti ada rezeki lebih, aku nak try set yang lain lak. 

Kalau korang berminat nak mencuba, dan ingin bertanya lebih lanjut tentang Shaklee, boleh pm fb----->  UMIE SAPIDAH




0

Bila cepat bosan dengan produk muka, mula la nak tukar...haishhhhh

Assalamualaikum...

Belum habis lagi kandungan produk wajah yang aku guna sekarang ni, dah tukar lagi produk lain. Tak tahu lah penyakit apa yang pelik sangat dengan aku ni gemar sangat bertukar produk. Nasib baik kulit muka ni tak ditumbuhi kulat. Ish3... setakat ni alhamdulillah aku tak mengalami sebarang masalah kulit muka setiap kali bertukar produk. Sebelum ni, aku gunakan krim muka Safi Rania Gold.

Memang takde masalah apepun sebenarnya masa aku pakai produk ni. Cuma ia buatkan kulit aku nampak sedikit berminyak lebih-lebih lagi dalam waktu tengahari. Aku sangat tak tahan bila rasa kulit muka berminyak, rasa macam semua kotoran melekat kat muka. Time2 tu jugak rasa nak gi cuci muka, tapi mana elok kalau kerap sangat cuci muka. Nanti kelembapan kulit akan hilang. Mekap memang takkan tahan lama kalau kulit muka dah berminyak, dan sebab itu juga yang buat aku sangat jarang dan malas nak pakai mekap. Tak selesa! Hadoiii... Kesan pemutihannya ada, tapi tak berapa ketara. Disebabkan aku ni jenis bertudung, bila terdedah dengan matahari, secara tak langsung kulit muka akan jadi berbelang. Macam garisan khatulistiwa dah di tengah pipi. Bahagian depan gelap, bahagian tengah tulang pipi ke belakang cerah. Tak ke dah macam topeng jadinya tu? Tona kulit aku jadi tak sekata dah.. guna produk ni siang dan malam pun, still lagi tak dapat nak meratakan tona kulit muka aku. Last2, disebabkan aku ni memang suka menapak masuk ke Watson, aku terus tertarik dengan satu produk muka ni..

Produk muka Pure Beauty, made in Korea, kandungannya 100% dari buah-buahan. Dan kandungan seperti ini lah yang aku nak cari. Produk yang berasaskan buah2an adalah lebih baik untuk kulit kita, dan yang penting produk ni bebas PARABEN okey. Sebarang produk yang ada kandungan PARABEN, sangat merbahaya tau. Boleh akibatkan kanser. Tapi tak dinafikan mana-mana produk yang di pasaran zaman sekarang memang terdapat unsur PARABEN. Memang payah nak elak jugak la.

Pure Beauty ni terdiri dari 3 jenis set untuk hasil yang berbeza,

Ini untuk semua jenis kulit, mengandungi antioxida dan diperbuat daripada buah delima. Tekstur pun lembut, bau pun memang bau buah delima! I like.. heheeee... dan sekarang aku baru beli krim muka siang dan malam jenis yang ni. Nanti baru beli set lengkap sebab harga produk ni memang boleh tahan jugak mahalnye. Beli sikit-sikit la ye.


Yang ni pulak set untuk anti penuaan, mengandungi unsur 'black pearl', sesuai la untuk mengurangkan garis kedut kat muka, set nya sangat lengkap, dari pencuci muka, masker, gel mata pun ada. Tapi harga set yang ni lagi  kaw-kaw dari harga yang antioxidant tu. Tak mampu aku. 1st memang rasa nk beli set yang ni, maklum la umur yang semakin meningkat ni kan, kena la guna produk anti penuaan. Tapi den tak mampu! Uhuk2...

Ni set yang ke 3, set pemutihan, tapi aku tak sure isi kandungannya sebab aku tak belek lagi set yang ni. Cuma aku rasa kandungan ni lebih kepada bunga-bungaan. Harga pun lebih kurang macam set anti penuaan gak kot. Set antioxidant je yang ada murah sikit.

Baru 2 hari aku menggunakan produk antioxidant tu. Tengok la nanti hasilnya macam mana. Kalau kulit muka aku still berminyak gak, tak tau la nak kata ape dah. So, kalau korang berminat, leh g jengah kat Watson ea.





Siguiente Anterior Inicio