Lokasi seterusnya, kami ke Poring Hot Spring yang terletak tidak jauh dari pekan Ranau. Dari Kundasang ke Ranau ambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Poring Hot Spring merupakan kawasan kolam air panas semulajadi. Masa sampai kt situ, memang agak ramai pengunjung yang datang berkelah. Sampai kawasan jadi sesak dan padat.
Banyak kawasan kolam air panas yang disediakan. Ada tempat khas untuk rendam kaki, ada tempat khas untuk mandi dan banyak lagi. Aku ambil peluang untuk rendam kaki. Nak mandi, tak bawa sebarang peralatan untuk mandi dan berkelah. Hehe.. takpe, rasmi air panas kt kaki pun jadi la kan. :)
Memang panas!!! Kebetulan kaki aku pula luka time ni sebab digigit kasut, pedih tak terkata.. Tapi panas air nya x de la sepanas air yang kita masak sampai tahap menggelegak kat dapur tu. Kalau camtu melecur la kaki... air panas ni wujud adalah disebabkan kawasan ni jadi laluan aliran gunung berapi kot. Betul ke??
Jam 1 tengahari, kami bertolak balik ke KK. Cuaca pulak hujan, lagi la bahaya lalu kawasan lereng bukit dan gunung. Kami sempat singgah ke pekan Kundasang untuk beli ole2, memang deretan kedai kat situ jual makanan tradisional orang Sabah. Kemudian singgah kat pekan Nanas untuk beli souvenier. Sampai di KK lebih kurang dalam jam 4 petang. Cuaca hujan agak membataskan aktiviti jalan2 di bandar KK. Apepun aku sempat jugak ke Pasar Philipine dan Pasar Besar KK.
Inilah aktiviti aku sepanjang bercuti ke Sabah. Memang enjoy lebih2 lagi ada suami bersama.. :) Keesokan harinya, kami bertolak balik ke Sarawak seawal jam 6 pagi. Insyallah next time, aku akn ke Sabah lagi. Sebab x jauh pun kan dari Miri ke Sabah.
I'm enjoying every moment in my holidays!!












0 Comments:
Leave Your Comment
Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)