0

Menggamit Memori: Komputer Part 1

As salam...

Tetiba rasa nak selongkar balik kisah2 zaman purba dulu, ececeeeee purba ke? Haha... (dah mcm flinston citer karton tu)... nak citer ckit al kisah pasal komputer.. 

Seumur hidup aku ni kan, kali pertama kenal, kemudian dapat sentuh, dan kemudian dapat menggunakan komputer adalah seawal usia aku 11 tahun. Darjah 5 lg masa tu dan aku masih kiut2 lg time tu, haha (perasan lebih).. pada tahun 1994, rasanya komputer baru lagi di keluarkan dan untuk budak sekolah yang masih kecik macam aku tentulah jakun jadi nya.. 



Saiz komputer pada masa tu pun besar, monitor dia gemuk sama macam tv masa tu.. pertama kali sentuh keyboard, mak aiiii teruja sungguh! Masa tu aku belajar dalam kelas komputer, Komputer baru sampai tu weh!.. Sempat lagi aku tolong bukak plastik balutan komputer tu. Perisian pun belum moden lagi, setakat ada Ms Word 1993! Haha.. Aplikasi pertama yang aku guna masa tu, game. Cikgu yang suruh okey! Sampai hari ni aku memang ingat lagi dengan nama game tu, nama dia Mr Put Put. Haha... 

Mr Put Put ni adalah sejenis keta. Dalam game tu kita kumpul barang untuk kelengkapan keta tu, Kalau tersilap jalan, boleh terpijak paku, tayar Mr Put Put akan bocor dan kita kena tukar tayar dia tu. Hehe... camtu la ringkasan game tu. Puas aku dok cari game tu sekarang ni, xpnh berjaya untuk di kesan. Sampai lepas tu aku makin naik gian dengan komputer. Dan aku selalu kuat berangan untuk memiliki sebuah komputer sampaikan aku pernah isi peraduan yang hadiah nya sebuah komputer tau! Haaa dahsyat x aku? Haha.... terlampau kuat berangan. Aku hanya mampu berangan sebab aku tau masa tu aku x mungkin mampu untuk membeli komputer yang harganya mencecah hampir RM4 ribu masa tu... tambahan lagi aku ni hidup dalam keluarga susah... x mungkin aku nak membebankan mak ayah nak beli... so aku mampu berangan je la.. :)

Entry bersambung .. :)

0 Comments:

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio