Lame dah dok tggu nk nengok kesinambungan kisah Nur Kasih nie tau... sbb drama ari tue mmg cam tergantung sgt la kesudahan citer tu..so sgt xpuas ati la sbb nak lagi tgk kebahagiaan antara psgn suami isteri Adam dan Nur dalam cite tue.. so sgt2 berterima kasih kpd pengarah filem nie kerana memenuhi kehendak penonton setia Nur Kasih nie.. pelakon2 dalam filem nie masih lagi dikekalkan yang dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zaqiyah dan Fizz Fairuz. Filem nie bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Mei nanti. So check itu out okeh!!
Memang sepadan je mereka nie kan.. hehehe :)
Sinopsis:
Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.












1 Comments:
harap sambungannya best...
Reply Back
Leave Your Comment
Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)