2

Legenda Puteri Santubong

Sape yang pernah g nengok gunung Santubong secara real? Especially readers from Semenanjung yg pernah mai kt Swk nie? Cepat angkat tangan!..Heeee... gunung Santubong nie salah satu gunung yang terdapat kat dalam negeri Sarawak nie, Santubong terletak di ibu negeri Sarawak iaitu Kuching.. perjalanan dari bandaraya Kuching menuju ke Santubong nie leh mengambil masa dalam 1 jam setengah untuk sampai. Santubong merupakan salah satu tempat pelancongan yang ade kt Kuching yang mana tempat nie wajib utk dilawati tau kalo korang dtg cuti2 ke Sarawak nie.. Santubong nie ade kisah tersendiri mengenai kewujudan nya. Bermacam2 mitos la org dok cakap tentang kejadian gunung Santubong nie...
Nie antara mitos yang kerap diperkatakan mengenai kewujudan gunung Santubong nie..
Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.


Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.


Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.
Kejadian gunung Santubong nie adalah kononnya Puteri Santubong yang telah mati lalu bertukar menjadi gunung. Kalo korang perhatikan betul2 ea rupa bentuk gunung Santubong, memang exactly rupa bentuk seorang perempuan yang sedang baring.. x caye? Jom nengok ngn teliti pic nie.

Cuba korang fokus nengok ikut arah ank panak yg Sal lukis tue... imagine kan dari rupa bentuk dahi, mata, hidung, mulut n last sekali leher.. yang Sal bulatkan tue adalah pipi Puteri Santubong yang sipi akibat terkena alu yang dihayun oleh Puteri Sejinjang ketika mereka bergaduh. Puteri Sejinjang adalah kakak kepada Puteri Santubong. Akibat daripada pergaduhan mereka, Puteri Santubong membalas balik dengan menikam batang belida ( xtau lak Sal cam ne rupe batang belida tue) ke arah kepala Puteri Sejinjang sampaila bertabur jadi Pulau Kera. Memang ade tau pulau kat tengah laut tu xjauh dari gunung Santubong nie.. Kalo korang sendiri berada kt pantai Santubong tue baru la korang leh nengok sendiri ngn mata kepala secara real rupa bentuk gunung Santubong nie dan Pulau Kera tu. Sejauh mana kebenaran legenda nie, wallahualam....kite xtau.. :)

2 Comments:

zurani

salam..ade perbetulan...bukan lari ke p.pinang (p.pinang blum wujud lagi...x pi sebaliknya..ke negeri melaka atau acheh,sumatera

zurani

salam,bukan ke p.pinang..sbbnya p.pinang blum wujud ketika itu..tpi sbliknya ke acheh atau melaka

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio