0

Eee tengok kaki weh..jaga ke x jaga kaki tu..

si A: Eee lawa nya muka awek tu...
si B: A'ah, memang lawa...

Si B terus memandang ke bawah melihat ke arah kaki awek cun tue....

si B: Ya ampun, kaki mcm kaki ayam, berdaki2(berkerak2 kata org swk, heee), kuku xbersih, ..eeee x padan ngn muka lawa ah..ishhh2
Haaaa.... boleh korang bayangkan situasi yg Sal cuba gambarkan kat atas tue? :) Ape gune beli produk mahal2, ratusan ringgit semata2 nk bagi muka nampak cantik, tapi penjagaan kaki x pernah di ambil kira dan sering diabaikan? Kaki ialah anggota yang paling terabai dalam keseluruhan tubuh manusia. Tidak hairanlah jika umur kita telah meningkat, mulalah terasa akan kesannya.

Antara masalah yang biasa dialami termasuklah sakit di pergelangan kaki, belakang lutut, bahagian belakang badan, bahagian bahu dan kesakitan di bahagian keseluruhan kaki. Nie Sal nk kongsikan ngn korang beberapa petua dan tips bagaimana utk menjaga kaki korang ea..


1. Rendam kaki anda dengan air suam yang bercampur dengan sabun atau feet cleanser. Kemudian berus di keseluruhan bahagian kaki terutamanya di bahagian celah celah jari dengan menggunakan berus lembut.


2. Sapukan dengan minyak zaitun atau pelembab yang mengandungi vitamin E sambil mengurut lembut kaki anda. Urutan sangat baik untuk kaki anda kerana ianya dapat melancarkan perjalanan darah.

3. Potonglah kuku kaki anda dan jaga seperti mana kuku tangan anda bagi pengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit dan bau yang tidak menyenangkan.

4. Pilihlah kasut yang sesuai. Pastikan jari kaki dapat bergerak dengan selesa ketika anda menyarungkan kasut ke kaki.

5. Seminggu sekali rendamlah kaki anda dengan air suam panas bagi melancarkan darah serta melegakan kelenguhan pada kaki kerana ia kerap digunakan.

6. Jika kulit kaki anda terlalu kering dan kasar scrublah kaki anda dengan menggunakan kelapa parut yang telah diperah santannya. Biarkan selama 15 minit kemudian bilaslah dengan air. Jangan gunakan sabun kerana ia akan mengeringkan kulit. 

Insyallah kalau kita rajin menjaga kaki dan x mengabaikan kaki kita, hasilnya pasti memuaskan..kaki akan nampak cantik walaupn korang gune selipar jepun sekalipun...;)



0 Comments:

Leave Your Comment

Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)

Siguiente Anterior Inicio