SEMUA wanita (termasuk Sal sendiri ea) pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.Kat cni Sal senaraikan beberapa tips yang Sal jumpa dari Google untuk mendapatkan perut yang kempis. Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.
- Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
- Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
- Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
- Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
- Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
- Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.










5 Comments:
Sesiapa pon boleh ada perut yg kempis. Nak dengan tak nak je. Malas dengan rajin je. Huuu. Thx untk info
Reply Back
ahah. perempuan mmg cpt buncit tak? sbb kadang org kurus pun perut je buncit. samelah kte, nak kurus & perut kempis! huhu.
Reply Back
faktor pemakanan dan cara hidup yg kurang sihat penyumbang terbesar mslh perut buncit di kalangan wanita nie. kalo perut dah buncit, say bye bye la to baju kebaya, kurung moden..huhu..buruk beno tu nk pakai kalo perut terbonjol, haha..:)
Reply Back
EEE MEK MAOK NGAMAL EH. PAT PERUT MEK YG BUNCETTO JD CAM LAM PIC YA..HAHA :D
Reply Back
zie, dah flat perut ktk ya ko mek diat..hehe.. perut mek tok bok nya, boncittt, nang xpat nk kacak2 k bj kebaya gk dah..
Reply Back
Leave Your Comment
Terima kasih di atas komen2 korang semua, Insyallah Sal pasti akan balas balik..terus2 tinggalkan jejak ea..;)